Pelbagai persatuan alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) disasar untuk digabungkan di bawah satu 'payung besar' pada masa depan supaya dapat bekerjasama erat demi memberi manfaat kepada institusi itu khususnya para pelajar.
Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir berkata setakat ini, universiti berkenaan mempunyai lebih 700,000 alumni di bawah pelbagai persatuan dan kekuatan itu jika diperkukuh, mampu menjana banyak kebaikan kepada semua pihak.
"UiTM ada banyak persatuan alumni, ada daripada negeri, ada daripada fakulti dan sebagainya. Disebabkan itu, antara matlamat kami tahun ini adalah untuk menyatukan kesemua persatuan ini supaya dapat menggembleng tenaga bekerjasama dengan pihak universiti.
"Saya sendiri sudah berjumpa dengan pengurusan (universiti) dan persatuan alumni di negeri-negeri dan sebagainya, supaya kita adakan program menggembleng kekuatan semua alumni.
"Jika kekuatan 700,000 alumni diperkukuh, pastinya kita dapat mencapai apa juga sasaran demi kebaikan UiTM," katanya kepada pemberita, malam tadi.
Beliau ditemui pada majlis iftar dan penyampaian sumbangan Ramadan kepada 100 pelajar asnaf fakir dan miskin daripada dua kampus universiti itu anjuran Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) di sini.
Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Pengerusi Tabung Pendidikan 1Bilion (TP1B), Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan Presiden PAUiTM, Datuk Mohd Zaini Hassan.
Dalam pada itu, Syed Zainal Abidin berkata UiTM juga akan melancarkan satu portal baharu tahun ini bagi menarik para alumni untuk kembali menyumbang kepada institusi itu antaranya berkongsi pengalaman dalam industri masing-masing supaya dapat menjadi aspirasi kepada para pelajar pada masa depan.
Mengulas mengenai sumbangan pada majlis berkenaan, beliau berkata sehingga kini 800 pelajar asnaf telah menerima bantuan Ramadan berupa wang tunai menerusi dana TP1B yang diwujudkan PAUiTM sejak lapan tahun lepas.
"Pelajar-pelajar asnaf yang dipilih oleh UiTM adalah mereka tidak pernah lagi menerima apa-apa bantuan daripada mana-mana pihak kerana pelajar daripada golongan keluarga B40 di universiti ini adalah tinggi.
"Kira-kira 40 peratus atau 64,000 orang daripada 160,000 pelajar UiTM di pelbagai kampus terdiri daripada golongan keluarga B40.
"Kerjasama PAUiTM dengan pihak universiti ini antara contoh alumni memberi sumbangan kepada golongan memerlukan dan diharap dapat dipererat supaya lebih banyak pelajar asnaf dibantu pada masa depan," katanya.
Pada majlis iftar itu juga, para alumni, jemputan serta pelajar yang menerima sumbangan mengadakan bacaan tahlil di atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Almarhum Sultan Abu Bakar pada Rabu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 22 2019

Syed Zainal Abidin (belakang tiga, kiri) bergambar bersama mahasiswi yang hadir pada Majlis Iftar dan Penyampaian Sumbangan Kepada Mahasiswa dan Mahasiswi Asnaf serta Alumni UiTM di Masjid Tuanku Mizan UiTM Shah Alam, 22 Mei, 2019. --fotoBERNAMA

Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 April, 2025 - BNM
Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.
Malaysia gesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India
Malaysia menggesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India dalam beberapa bidang utama. Ia termasuk keselamatan siber, tadbir urus digital, perdagangan serta pembangunan mampan sejajar keutamaan kepengerusiannya yang berteraskan keterangkuman dan kemampanan.
Vietnam kaji semula duit terhadap barangan AS
Vietnam sedang mengkaji semula duti terhadap barangan Amerika Syarikat termasuk gas asli cecair, produk pertanian, dan produk teknologi tinggi.
Thailand perlu turunkan cukai import ke atas barangan AS
Sebuah Kumpulan perniagaan Thailand menggesa Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra untuk berunding dengan Amerika Syarikat bagi menurunkan cukai import ke atas barangan dari negara barat itu
Gesaan itu hadir dalam pertemuan di antara sektor swasta dan kerajaan thailand bagi membincangkan tentang impak polisi perdagangan Amerika.
Gesaan itu hadir dalam pertemuan di antara sektor swasta dan kerajaan thailand bagi membincangkan tentang impak polisi perdagangan Amerika.

Salah identiti: Mahkamah benar wang jaminan RM1 juta dikembalikan kepada ahli perniagaan
Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan seorang ahli perniagaan warga Indonesia agar wang RM1 juta yang dibayar sebagai jaminan dikembalikan kepadanya.
Desas-desus Sri Mulyani letak jawatan tidak benar
Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati belum ada cadangan untuk meletak jawatan dari Kabinet Prabowo, kata Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Indonesia, Sufmi Dasco Ahmad
Pakar PBB beri amaran krisis makanan di Myanmar semakin parah
Myanmar berdepan krisis makanan pada tahap yang belum pernah terjadi sebelumnya, dengan keadaan yang semakin merosot menjejaskan hak asasi manusia di seluruh negara itu, menurut PBB.h

Usaha beri penekanan pelajar asrama penuh sertai STEM penting untuk capai sasaran 60,000 jurutera
Usaha memberikan penekanan supaya 70 peratus pelajar di sekolah berasrama penuh memilih aliran STEM adalah penting untuk mencapai sasaran 60,000 jurutera diperlukan.
Ekonomi: Kabinet UK gesa Reeves fikir semula pemotongan perbelanjaan
Dengan latar belakang pertumbuhan yang tidak stabil, Reeves cuba untuk memastikan perbelanjaan kerajaan tidak melebihi pendapatan bagi memenuhi peraturan bahawa perbelanjaan semasa mesti dibayar daripada resit cukai.

Peruntukan RM40 juta untuk KUTAR diserah kepada tabung amanah apabila diluluskan
Menurutnya, penubuhan tabung amanah itu dijangka diluluskan pada akhir bulan ini.

Alumni Pelajar Kelantan tubuh jawatankuasa khas pantau keselamatan pelajar Malaysia di Mesir
Satu jawatankuasa khas bagi memantau keselamatan pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir ditubuhkan Alumni pelajar Kelantan di Mesir.