Pelantikan Richard penghormatan buat UiTM - Madius
Madiha Abdullah
Julai 13, 2018 06:15 MYT
Julai 13, 2018 06:15 MYT
Pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu, Tan Sri Richard Malanjum boleh dianggap sebagai satu kejayaan buat Universiti Teknologi Mara (UiTM), kata Datuk Seri Madius Wilfred Tangau.
Ia sekali gus menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa institusi itu sebuah institusi pendidikan kelas kedua, menurut Timbalan Ketua Menteri Sabah itu.
"Tan Sri Richard orang kampung saja, menerima pendidikan di UiTM, yang ketika itu dikenali sebagai ITM. Zaman dahulu, ITM dianggap kelas kedua kerana sering menjadi pilihan pelajar yang gagal ke universiti.
"Tapi lihatlah sekarang, seorang individu yang dapat pendidikan di UiTM, kini merupakan Ketua Hakim Negara. Ini membuktikan UiTM sebuah institusi pendidikan yang bagus," ujarnya ketika ditemu bual Astro AWANI, pada Jumaat.
Richard, 65 tahun, mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu pada 11 Julai.
INFOGRAFIK: Richard Malanjum, Ketua Hakim Negara ke-9
#institusi pendidikan
#kehakiman
#kelas kedua
#Ketua Hakim Negara
#Madius Wilfred Tangau
#pendidikan
#Richard Malanjum
#UiTM