Pelantikan PM: Punca kuasa, amalan dan konvensyen YDP Agong

Harits Asyraf Hasnan
Ogos 17, 2021 11:40 MYT
Apa yang tidak dinyatakan adalah berkenaan proses, amalan atau konvensyen yang boleh dilaksanakan Seri Paduka Baginda dalam menentukan individu yang akan mentadbir kerajaan. - Gambar hiasan/Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyatakan berkenaan punca kuasa dimiliki Yang di-Pertuan Agong dalam melantik Perdana Menteri.
Namun, apa yang tidak dinyatakan adalah berkenaan proses, amalan atau konvensyen yang boleh dilaksanakan Seri Paduka Baginda dalam menentukan individu yang akan mentadbir kerajaan.
Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, UiTM yang juga pakar perlembagaan, Profesor Datuk Shamrahayu Ab Aziz berkata terdapat tiga perkara penting yang perlu difahami.
“Pertama, pelantikan Perdana Menteri ini termaktub di bawah kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong.
“Kedua, hemat atau keputusan Yang di-Pertuan Agong itu adalah tertakluk kepada amalan dan tiada perundangan yang khusus.
“Ketiga, seseorang yang dilantik itu tidak perlulah membuktikan dia sendiri mempunyai kepercayaan majoriti dan ia bergantung kepada hemat baginda,” katanya kepada Astro AWANI.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Pembentukan kerajaan baharu, siapa bakal Perdana Menteri?
BACA: Apa yang anda perlu tahu tentang senario Parlimen Tergantung
Mengulas lanjut, beliau berkata, apabila seseorang Ahli Dewan Rakyat itu telah diperkenan menjadi Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong, maka ia kini terserah kepada sistem demokrasi.
“Sama ada mereka (Ahli Dewan Rakyat) ingin adakan amalan sama di Parlimen, seperti mengadakan satu proses untuk menunjukkan individu yang dilantik itu mempunyai kepercayaan majoriti, atau sebagainya, adalah tertakluk kepada aplikasi demokrasi dalam Parlimen itu sendiri,” katanya
Bagaimanapun, katanya, segala amalan itu tidak dinyatakan dalam perundangan dan ia bukan sesuatu yang mengikat.
Ikuti penjelasan beliau berhubung proses pelantikan Perdana Menteri:
Politik | Pelantikan PM: Konvensyen & kuasa YDP Agong
#Yang di-Pertuan Agong #Perdana Menteri #pelantikan PM #Perlembagaan Persekutuan #amalan lantikan PM #Dewan Rakyat #Parlimen #PM letak jawatan #siapa Perdana Menteri #demokrasi #Shamrahayu Ab Aziz #letak jawatan #Punca Kuasa #Pakar Perlembagaan #Muhyiddin Yassin
;