Pelantikan Kabinet: Najib menghadap Agong esok

Bernama
Mei 14, 2013 15:35 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Negara, di sini, pada 12 tengah hari esok bagi mendapat perkenan terhadap cadangan pelantikan barisan kabinet baharu.
Baginda telah memperkenan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai menteri dan timbalan menteri diadakan di Istana Negara, 9.30 pagi Khamis.
Demikian menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri hari ini.
#Istana Negara #kabinet baru #najib #Yang di-Pertuan Agong
;