Pelanggan terkejut sepotong kaki ayam goreng RM1

Sinar Harian
September 19, 2023 17:13 MYT
Pengguna Facebook dengan nama Sarahana Saa berkata, harga tersebut tidak masuk akal kerana saiz kaki ayam goreng itu bersaiz kecil namun dijual pada harga yang kurang munasabah. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA NERUS: Seorang wanita terkejut apabila perlu membayar RM1 untuk sepotong kaki ayam goreng yang dibeli dari sebuah kedai di sekitar daerah ini pada Selasa.
Pengguna Facebook dengan nama Sarahana Saa berkata, harga tersebut tidak masuk akal kerana saiz kaki ayam goreng itu bersaiz kecil namun dijual pada harga yang kurang munasabah.
"RM1 hanya kaki ayam...sebelum ini tiga batang RM1. Harga memang mahal dah ni.
"Terkejut saya, bertanya dua kali lagi untuk kepastian namun jawapannya masih sama," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut memberikan pandangan sama seperti wanita berkenaan.
"Fuh, RM1...masak sendiri la macam ni kalau nak makan kaki ayam," komen pengguna Facebook Che Syakirah.
"Keras kejung tengok kaki ayam tu, mahal dah barang sekarang ni," luah pengguna Facebook Syafiq Aizat.
"Mahal sangat. Ingat mahal dah bila beli orang jual dua batang RM1, biasa beli. Yang ini mahal juga," ujar Fatin Qalisya.
"Harga makanan di Terengganu memang mahal. Setanding harga di Kuala Lumpur," kata Muhammad Hisyam Haliah. - Sinar Harian
#Tular #kaki ayam mahal #terengganu #harga makanan
;