Pelancongan Sabah terjejas, harap pelancong dari Semenanjung bercuti ke sana

Ridauddin Daud
Jun 8, 2020 20:46 MYT
Pengusaha pelancongan di Sabah mengharapkan pelancong dari Semenanjung Malaysia bercuti ke sana bagi membantu memulihkan semula sektor pelancongan di negeri itu.
Pengusaha pelancongan di Sabah mengharapkan pelancong dari Semenanjung Malaysia bercuti ke sana bagi membantu memulihkan semula sektor pelancongan di negeri itu.
“Setakat ini kita bergantung kepada pelancongan domestik, macam orang di Sabah sahaja. Memang tidak mencukupi.
“Memang baik kalau pada masa akan datang rakan-rakan kita dari Semenanjung Malaysia terutama sekali daripada negeri-negeri yang ada penerbangan terus seperti Kuala Lumpur, Johor, Kelantan dan Pulau Pinang.
“Kalau penerbangan terus akan bermula seperti sebelum COVID-19 memang lebih baik. Memang cuti-cuti Malaysia (percutian domestik) memang sangat diharapkan,” katanya kepada Astro AWANI.
Begitupun, katanya, agak sukar untuk menjangka sambutan pelancong dari Semenanjung buat masa ini kerana mereka yang ingin masuk ke Sabah perlu melakukan ujian pengesanan COVID-19.
“Untuk Sabah, agak awal untuk kita jangkakan ketibaan pelancong dari Semenanjung Malaysia sebab mereka dari Semenanjung yang nak masuk Sabah kena jalankan ujian COVID-19 yang mahal.
“Ini mungkin mengurangkan minat mereka untuk datang ke sini. Sebaliknya, mereka akan pergi ke kawasan seperti Pulau Pinang, Langkawi dan Kuantan, yang dekat daripada datang ke Sabah sebab kos untuk ke sini agak tinggi,” ujarnya.
Keputusan kerajaan membenarkan rentas negeri menyebabkan ramai rakyat Malaysia mula merancang percutian mereka dan menyasarkan lokasi-lokasi popular untuk bercuti.
Difahamkan, pengusaha pusat pelancongan mula menerima banyak panggilan dan pertanyaan sebaik sahaja Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perkara itu pada Ahad.
#Astro #Astro Awani #hotel #kerajaan #Kuala Lumpur #Kuantan #Langkawi #menteri #Muhyiddin Yassin #pelancong #pelancongan #penerbangan #Perdana Menteri #rakyat #rakyat Malaysia #Sabah
;