Pelancongan negara catat pertumbuhan 16.9 peratus pada suku pertama 2019

Fareez Azman
Mei 29, 2019 15:34 MYT
Mohamaddin (tengah) dalam sidang media Prestasi Pelancongan Malaysia Suku Pertama 2019 di Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya, Putrajaya pada Rabu. - Astro AWANI
Sektor pelancongan negara mencatatkan pertumbuhan sebanyak 16.9 peratus pada suku pertama 2019.
Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi, ia membabitkan peningkatan perbelanjaan pelancong ke dalam negara sebanyak RM21.4 bilion berbanding RM18.3 bilion tahun lalu.
Manakala perbelanjaan per kapita meningkat sebanyak 13.8 peratus iaitu RM3,201.8 berbanding RM2,813.1 suku pertama 2018.
Daripada jumlah itu, jumlah pelancong asing mencatatkan peningkatan tertinggi sebanyak 2.7 peratus bersamaan 6,696,230 pelancong.
Dari sudut pasaran jarak dekat pula tambah Mohamaddin ASEAN masih mengekalkan kedudukan sebagai penyumbang terbesar ketibaan pelancong asing ke Malaysia.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Prestasi Pelancongan Malaysia Suku Pertama 2019 di Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya, Putrajaya pada Rabu.
#ASEAN #ekonomi #Malaysia #Menteri Pelancongan Seni dan Budaya #Mohamaddin Ketapi #pelancong #pelancongan #perbelanjaan #prestasi pelancongan
;