GEORGE TOWN: Kelibat beberapa anggota polis menjalankan rondaan memakai pakaian seragam yang pernah digunakan satu ketika dahulu, telah menarik perhatian pelancong di kawasan yang selalu menjadi tumpuan orang ramai, iaitu di Lebuh Armenian dan Lebuh Pantai, di sini hari ini.
Pelancong yang berada di kawasan itu bukan sahaja teruja melihat pasukan polis dengan pakaian seragam lama itu, malah ada yang cuba mendekati pihak polis tersebut dan meminta untuk bergambar sebagai kenangan mereka.
Difahamkan anggota polis yang menjalankan rondaan itu, memakai seragam polis yang pernah digunakan sejak awal penubuhan pasukan keselamatan itu hingga tahun 1948.
Seorang pelancong Rashidah Mohamed, 58, dari Johor Bahru berkata beliau terkejut dan teruja, dengan kehadiran pasukan polis berpakaian seragam lama di Lebuh Armenian hari ini, kerana itu pertama kali beliau dapat melihatnya.
"Tiba-tiba nampak polis, eh betul ke polis tu, kenapa cantik sangat pakaian mereka dan lain, saya memang teruja sangat-sangat bila nampak anggota polis dengan pakaian seragam lama di sini, kebetulan masa itu saya tengah ambil gambar di kawasan Lebuh Armenian, yang memang menjadi tumpuan pelancong di sini.
"Saya terus ambil gambar anggota-anggota polis yang buat rondaan itu, dan mendekati mereka untuk bergambar sebagai kenangan, polis-polis tersebut sangat baik layan pelancong di sini. Kami turut mengucapkan selamat bertugas dan Selamat Hari Polis ke-215 kepada mereka," katanya yang datang bercuti di Pulau Pinang bersama keluarga.
Seorang lagi pelancong Zulkiflee Yusof, 52, dari Melaka pula berkata pendekatan polis Pulau Pinang dengan memperkenalkan pakaian seragam lama pasukan di khalayak ramai harus dipuji, kerana ia secara tidak langsung dapat memberi pengetahuan kepada orang ramai, terutama generasi muda sekarang ini.
"Boleh katakan semua pelancong yang berada di kawasan Lebuh Armenian berhenti menjalankan aktiviti, terutama mereka yang sedang bergambar kerana masing-masing mahu melihat anggota polis yang berpakaian seragam lama tersebut.
"Pakaian seragam mereka menarik dan saya sendiri teruja melihatnya, bagus pendekatan ini, ini dapat bantu generasi muda kenal pakaian polis dulu-dulu, ia sangat memberi manfaat kepada orang ramai.
"Mungkin pendekatan rondaan polis dengan pakaian seragam lama dapat dibuat lebih kerap, paling tidak pun sebulan sekali atau setiap setahun ketika sambutan Hari Polis," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong ketika dihubungi Bernama berkata anggotanya membuat rondaan memakai pakaian seragam lama polis semenjak 1807 itu, dibuat sempena sambutan Hari Polis ke-215 yang disambut semalam.
Katanya rondaan yang dijalankan bersama Unit Polis Pelancong itu dibuat hari ini dan esok, di beberapa kawasan tumpuan pengunjung antaranya Lebuh Armenian dan Lebuh Pantai, antara lain bagi memberikan nostalgia kepada orang ramai.
"Selain itu, rondaan oleh anggota polis dengan pakaian seragam lama tersebut juga dapat memperkenalkan uniform, yang pernah dipakai oleh pasukan keselamatan kita dari dulu hingga sekarang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 26 2022
Difahamkan anggota polis yang menjalankan rondaan itu, memakai seragam polis yang pernah digunakan sejak awal penubuhan pasukan keselamatan itu hingga tahun 1948. - Gambar/ Bernama
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polia
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Pantau Agenda Reformasi: Kedudukan semasa ekonomi Korea Selatan, dampak kepada Malaysia
Bagaimana boleh kita memahami kedudukan ekonomi Korea Selatan dan apa yang boleh kita belajar? Sejauh mana ia beri impak signifikan kepada rantau ini termasuk Malaysia?
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Palsu dokumen UMS: Rayuan akhir Peter Anthony ditangguh ke 9 Jan
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony yang didapati bersalah memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja di UMS ditangguhkan ke 9 Jan tahun depan.
Semak semula penambahan tiga jam waktu bekerja bagi jururawat
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menggesa agar KKM dan JPA menyemak semula keputusan yang mewajibkan tambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat wad mulai 1 Disember ini.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Paras air Sungai Golok di Tanah Merah melepasi paras bahaya
Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah telah melepasi paras bahaya dengan ketinggian 25.15 meter (bahaya 23.50 meter) setakat 2.30 petang ini.
Penamatan SSA DNB-TM: Akses 5G pengguna tidak terjejas - Gobind
Beliau berkata perjanjian akses 5G antara DNB dan TM yang dimeterai pada 30 Okt 2022 adalah masih terpakai.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Polis tahan lelaki tular aniaya kucing
Polis menahan seorang lelaki di Jalan Klang Lama petang semalam kerana disyaki melakukan penganiayaan terhadap seekor kucing.
KPT serah kepada polis siasat dakwaan pensyarah hina Nabi
Zambry berkata pihaknya telah meminta siasatan segera termasuk satu laporan lengkap mengenai insiden berkenaan sejurus isu itu tular.
Polis minta bantuan orang ramai kesan dua remaja perempuan hilang
Kedua-dua remaja berkenaan ialah K. Rimashini, 15, dan Nur Adleena Batrisyia Mohd Saiful Nourman, 16.
Polis siasat kereta pengiring VIP rempuh kenderaan awam di Lebuhraya PLUS
Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya telah menerima maklumat berhubung insiden berkenaan.
Lee Lam Thye seru PDRM rombak latihan, utamakan nilai, etika dan integriti
Tan Sri Lee Lam Thye menyatakan sokongan terhadap kenyataan Ketua Polis Negara berhubung cabaran semasa yang dihadapi pasukan polis.
Polis tahan tiga lelaki disyaki terlibat kes ragut di Subang Jaya
Seorang daripada lelaki tersebut direman tiga hari hingga 18 November manakala dua lagi direman sehari.
Lewat daftar masuk penerbangan punca pergaduhan di KLIA Terminal 1 - Polis
Akibat selisih faham itu, berlaku pergaduhan kecil dan petugas syarikat penerbangan berkenaan mengalami kecederaan ringan.
Sri Lanka kerah 90,000 anggota keselamatan untuk Pilihan Raya Parlimen
Pasukan keselamatan dikerah mulai Selasa untuk pastikan pilihan raya berjalan bebas dan adil, setakat ini tiada sebarang aduan serius diterima.
Mayat ibu dalam peti sejuk beku: 'Suspek keluar 3 kali dalam tempoh dua minggu untuk cari makan' - Jiran
Bahagian depan halaman rumah suspek dalam keadaan bersemak dan tidak terurus.