Pelancong Britain terjatuh ketika daki Gunung Mulu

Bernama
Mac 27, 2018 10:16 MYT
Ketua Polis Marudi DSP Gabriel Risut ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. - Gambar hiasan
Seorang pelancong lelaki warga Britain, Nigel Bevan, 50, cedera parah pada kepala apabila terjatuh ketika mendaki Gunung Mulu pada 9.07 malam tadi.
Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata pelancong itu yang sedang kritikal mengalami kecederaan akibat terjatuh di laluan yang dikenali sebagai 'Pinnacle Trail' di Gunung Mulu.
"Usaha menurunkan mangsa oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Taman Negara Mulu dari puncak ke Camp 5 berjaya dilakukan pada 6 pagi," katanya di sini hari ini.
Law berkata Unit Udara Bomba yang berpangkalan di sini kemudiannya membawa mangsa mendapatkan rawatan pada 7.30 pagi ini diiringi seorang doktor dari Hospital Miri.
Ketua Polis Marudi DSP Gabriel Risut ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
-- BERNAMA
#Britain #cedera #Gunung Mulu #Ketua Bomba dan Penyelamat Miri #Law Poh Kiong #Nigel Bevan #parah #pelancong #taman negara mulu #terjatuh
;