Pelan pengangkutan komprehensif ibu kota

Astro Awani
Februari 1, 2013 10:24 MYT
Hasrat melihat sistem pengangkutan komprehensif yang menghubungkan kawasan dalam dan luar bandar di Kuala Lumpur dilihat bukan lagi fantasi.
Ini kerana Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 bakal menjadikan ibu kota sebagai sebagai sebuah pusat perdagangan dan kewangan antarabangsa yang saling dihubung oleh sistem pengangkutan awam.
Datuk Bandar, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, tanggungjawab pihaknya kini untuk melengkapkan sistem pengangkutan secara bersepadu untuk keperluan warga kota.
Dengan pelaksanaan pelan berkenaan, jumlah kemasukan kereta persendirian akan berkurangan kerana rakyat beralih kepada pengangkutan awam yang lebih efisien.
#Kuala Lumpur #Pelan Struktur Kuala Lumpur #pengangkutan awam