Pelan Pemulihan Negara: Usaha proaktif kerajaan jamin kemampanan negara dan kesejahteraan rakyat - Pemuda PN
Kenyataan Media
Jun 15, 2021 00:13 MYT
Jun 15, 2021 00:13 MYT
Pemuda Perikatan Nasional mengambil kesempatan ini untuk merakamkan sekalung tahniah kepada Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas perancangan terperinci mengenai perlaksanaan Pelan Pemulihan Negara yang diperhalusi daripada data, sains dan maklum balas daripada kementerian utama negara.
Setelah lebih satu tahun kita mendepani cabaran ini dengan strategi dan pendekatan ‘lockdown’, Pelan Pemulihan Negara ini adalah ‘game changer’ untuk membawa kita menuju jalan keluar - "exit plan" kepada permasalahan hari ini. Justeru, 4 fasa dalam pelan pemulihan ini wajar disokong oleh semua pihak.
Perlaksanaan Pelan Pemulihan Negara ini menjadi indikasi tepat bahawa Kerajaan hari ini mendukung aspirasi demokrasi apabila dengan tuntas akan memberikan komitmen agar Sidang Parlimen boleh diadakan dalam Fasa 3 dijangka bakal digapai sekitar bulan September atau Oktober tahun ini mengikut SOP yang ketat. Jelas, Kerajaan hari ini dilihat terus menyokong prinsip Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan setelah komitmen ini dinyatakan.
Pemuda Perikatan Nasional juga dengan ini menegaskan bahawa jangan pula ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja menimbulkan keresahan mahupun kecelaruan di kalangan rakyat sehingga mengganggu gugat tugas utama Kerajaan untuk menangani pandemik Covid-19 dengan berkesan. Pemuda Perikatan Nasional menyokong agar darurat kesihatan di sambung bagi memastikan sistem kesihatan tidak runtuh dan Pelan Pemulihan Negara di laksana dengan lancar.
Pemuda Perikatan Nasional akan menggalakkan penglibatan lebih ramai sukarelawan dari kalangan parti komponen Pemuda PN dalam melancarkan proses vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara. Cabaran COVID-19 bukan ‘zero-sum game’. Pelan ini memperlihatkan sikap tuntas dan holistik Kerajaan dalam mendepani pandemik demi menjamin keselamatan dan nyawa rakyat tanpa mengabaikan usaha menjana kemampanan ekonomi negara.
Pemuda Perikatan Nasional juga menyeru rakyat Malaysia agar terus memberi kepercayaan pada kerajaan, berdoa, berjuang, bersatu hati dan tenaga dalam menjayakan Pelan Pemulihan Negara ini supaya dapat bersama-sama kita keluar dari kemelut pandemik ini secepat mungkin.
Staysafe
Lindung Diri, Lindung Semua
Teguh Kita, Menang Bersama
YB Senator Ir. Ts. Hj. Khairil Nizam Khirudin
Ketua Pemuda Perikatan Nasional
YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
Ketua ARMADA BERSATU Nasional
Sdr Rizal Johari
Ketua Pemuda STAR
Sdr Jamain Sarudin
Ketua Pemuda SAPP
Sdr Wong Chia Zhen
Pemangku Ketua Pemuda GERAKAN Pusat