Pelan Pemulihan Negara: Longgar PKP jika kes bawah 4,000 - PM
Astro Awani
Jun 15, 2021 17:37 MYT
Jun 15, 2021 17:37 MYT
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Pelan Pemulihan Negara yang menggariskan empat fasa peralihan dengan tiga indikator utama.
Pendekatan secara berperingkat ini bermula dengan Fasa Pertama iaitu pelaksanaan PKP Menyeluruh yang sedang dilaksanakan sekarang.
● Bilangan kes COVID-19 adalah tinggi;
● Sistem kesihatan awam di tahap kritikal; dan
● Kadar pencapaian vaksinasi yang masih rendah.
Peralihan Fasa Pertama kepada Fasa Kedua PKP setelah:
● Purata kes harian COVID-19 menurun di bawah 4,000 kes;
● Sistem kesihatan awam tidak lagi berada di peringkat kritikal termasuk kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana; dan
● 10 peratus populasi telah menerima 2 dos suntikan vaksin.
● Aktiviti ekonomi akan dibuka secara berperingkat dengan membenarkan kapasiti pekerja sehingga 80% di premis;
● Pendekatan senarai positif diteruskan iaitu hanya sektor yang tersenarai dibenarkan beroperasi manakala yang tidak tersenarai masih ditutup. Senarai positif daripada Fasa 1 akan juga diperluaskan semasa Fasa 2 dengan menambahkan beberapa sektor; dan
● Aktiviti sosial dan rentas negeri masih tidak dibenarkan.
Peralihan Fasa Kedua kepada Fasa Ketiga PKP setelah:
● Purata kes harian COVID-19 menurun ke paras bawah 2,000 kes;
● Sistem kesihatan awam berada di tahap selesa dengan penurunan kadar penggunaan katil di ICU ke paras mencukupi; dan
● 40 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin.
Kaji pemberian vaksin kepada golongan yang berusia 12 hingga 17 tahun
Semasa Fasa Ketiga:
● Semua sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang tersenarai dalam senarai negatif, iaitu aktiviti yang berisiko tinggi menyebabkan jangkitan COVID-19 atau melibatkan keramaian;
● Sektor ekonomi akan kekal dibenarkan beroperasi pada kapasiti 80% seperti Fasa Kedua;
● Aktiviti sosial termasuk pendidikan dan sukan tertentu boleh mula dibuka secara berperingkat; dan
● Membuka sidang Parlimen.
Peralihan Fasa Ketiga kepada Fasa Keempat PKP setelah:
● Purata kes harian COVID-19 menurun ke paras bawah 500 kes;
● Sistem kesihatan awam berada di paras selamat termasuk kadar penggunaan katil di ICU di paras mencukupi; dan
● 60 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin.
Fasa Ketiga apabila kes harian COVID-19 bawah 2,000 kes
Semasa Fasa Keempat:
Fasa Keempat adalah fasa terakhir Pelan Pemulihan Negara di mana kita seboleh mungkin dapat kembali semula kepada norma kehidupan seharian.
Semua sektor ekonomi akan dibuka, lebih banyak aktiviti sosial akan dibenarkan, perjalanan rentas negeri dibolehkan dan pelancongan domestik juga akan dibuka tertakluk kepada SOP yang ketat.
#Muhyiddin Yassin
#SOP
#Perdana Menteri
#Pelaksanaan PKP
#PKP
#rentas negeri
#pendidikan
#pelancongan
#penggunaan katil
#jangkitan
#COVID-19
#ICU
#suntikan
#vaksin
#ekonomi
#Parlimen