Pelan Pembangunan Pendidikan: Peranan ibu bapa penting dalam pelaksanaan

Syafique Shuib
September 5, 2013 18:57 MYT
Sempena pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, ibu bapa digesa untuk memainkan peranan yang besar dalam pendidikan anak-anak dan juga dalam pelaksanaan pelan tersebut.
Dalam sesi Google Hangout yang dihos oleh Astro AWANI, pengerusi Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata "Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu memikirkan semula tentang peranan mereka di sekolah, terutama sekali pihak ibu bapa.
"Dengan pelaksanaan induk ini, saya berharap bahawa ibu-bapa dapat memerhatikan pelaksanaan ini dilakukan dengan betul,” kata beliau.
Pengasas Cempaka Schools, Datuk Freida Pilus berkata pelan tindakan itu perlu dilaksanakan dengan sempurna.
"Tahniah kepada kerajaan bahawa mereka telah mengambil inisiatif ini dan melakukan sesuatu yang serius mengenai sistem pendidikan negara. Saya berharap ia akan dilaksanakan dengan sempurna kerana terdapat beberapa pelan sebelum ini yang tidak dilaksanankan dengan betul,“ kata beliau.
Klik video untuk saksikan perbualan penuh mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bersama Datuk Freida dan Datin Noor Azimah.
#Cempaka Schools #PAGE #Pelan Pembangunan Pendidikan
;