Pelan Pembangunan Pendidikan M'sia (Pengajian Tinggi) jadi teras transformasi pendidikan negara - PM
Bernama
Januari 28, 2015 07:30 MYT
Januari 28, 2015 07:30 MYT
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015-2025 yang akan diumumkan Mac ini, akan menjadi teras ke arah mentransformasi dan meningkatkan mutu pengajian tinggi negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelan pembangunan tersebut telah dibentangkan dalam mesyuarat mingguan Kabinet semalam.
"Insya Allah, saya yakin ia (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi)) akan memacu peningkatan prestasi pengajian tinggi negara," kata perdana menteri dalam catatan terbarunya di laman Facebook dan Twitternya , malam tadi.
Ahad lepas, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr Asma Ismail berkata pelan tersebut dijangka diumumkan Mac ini dan antara lain bertujuan mentransformasi dan meningkatkan standard pendidikan tinggi negara.
"Pelan ini akan menentukan bentuk graduan yang kita mahu lahirkan, selain menggilap bakat pelajar dan juga pensyarah," kata Dr Asma.