Pelan bertindak pendidikan kebangsaan siap

Astro Awani
Mac 3, 2013 08:28 MYT
Laporan akhir pelan bertindak pendidikan kebangsaan 2013-2025 telah siap dan akan diumumkan tidak lama lagi.
Perkara itu diumumkan oleh ketua pengarah pelajaran Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud.
Menurutnya, pelan bertindak itu adalah hasil kajian yang dijalankan oleh kementerian pelajaran dari September 2011 sehingga Mac 2012 melibatkan kira-kira 8,000 responden yang merangkumi guru-guru sekolah, ibu bapa, pelajar serta orang ramai.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 11 September lalu melancarkan laporan awal pelan bertindak pendidikan kebangsaan yang menggariskan 11 strategi untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara.
Kajian semula terhadap pelan bertindak pendidikan kebangsaan itu akan dijalankan setiap lima tahun sekali bermula 2015 bagi memastikan ia mencapai objektif yang disasarkan.
#Datuk Seri Najib Razak #pelan bertindak pendidikan kebangsaan #Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud
;