Pelan berbayar Apple Intelligence mungkin akan tiba pada 2027

Amanz
Ogos 13, 2024 04:40 MYT
Pelan ini mungkin akan digelar sebagai Apple Intelligence Plus, di mana menariknya semua ciri percuma sedia ada tidak akan dikenakan bayaran. -Amanz
APPLE Intelligence adalah teknologi AI generatif tersendiri Apple yang diberikan secara percuma kepada semua pengguna iPhone dengan cip A17 Pro, pengguna iPad dengan cip Apple M dan juga pengguna MacBook dengan cip Apple M.

Ringkasan AI
  • Apple Intelligence adalah teknologi AI generatif milik Apple yang diberikan secara percuma kepada pengguna iPhone dengan cip A17 Pro, pengguna iPad dengan cip Apple M, dan pengguna MacBook dengan cip Apple M.
  • Apple mungkin akan memperkenalkan pelan berbayar untuk ciri AI ini, yang mungkin akan dikenali sebagai Apple Intelligence Plus. Pelan ini akan memberikan pengguna ciri dan fungsi tambahan.
  • Ciri ini mungkin akan diluncurkan sekitar tahun 2027 kerana Apple Intelligence masih dalam tahap pengujian dan belum stabil.

Laporan Bloomberg baru-baru ini menyatakan, Apple mungkin akan memperkenalkan pelan berbayar khas untuk ciri AI ini.
Pelan ini mungkin akan digelar sebagai Apple Intelligence Plus, di mana menariknya semua ciri percuma sedia ada tidak akan dikenakan bayaran.
Pengguna akan dapat menjana apa yang mereka mahukan dengan bebas. Cuma, pelan Plus ini akan memberi pengguna ciri dan fungsi tambahan yang dikatakan adalah satu pilihan sahaja.
Sumber turut menyatakan yang ciri ini mungkin akan tiba sekitar tahun 2027 kerana Apple Intelligence masih lagi di fasa ujian dan belum stabil.
Model AI ini juga perlu dilatih kerap untuk menjadikannya lebih lancar dan berguna.
Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah akan terjadi pada Apple Intelligence dan apa pula jawapan Samsung selepas Galaxy AI sekarang selepas tempoh percuma tamat pada hujung tahun 2025. -Amanz
#Apple Intelligence #iPhone #AI Generatif #cip A17 Pro