Pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) dibatalkan

Raja Hisyam Raja Zaid
Disember 16, 2017 16:25 MYT
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mengumumkan pembatalan pelaksanaan sistem Pemantauan Manasik Bersepadu IMAMS. -Gambar fail
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mengumumkan pembatalan pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS).
Menurut Ketua Setiausahanya, Datuk Rashidi Hasbullah, pembatalan itu selepas mengambil kira aduan orang ramai dan pihak berkaitan dengan industri.
Semalam, Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengumumkan kesemua 65 agensi pelancongan berstatus muassasah di negara ini yang mempunyai Lesen Khas Umrah (LKU) diwajibkan menggunakan IMAMS bagi permohonan visa umrah
IMAMS yang merupakan akses rasmi tunggal permohonan visa umrah untuk diproses Kedutaan Arab Saudi di Malaysia diperkenalkan bagi menutup ruang penipuan pakej umrah di negara ini.
#Malaysia Airlines #pelancongan #umrah #Visa
;