Pelakon Hafidz Roshdi tiba di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam

Astro Awani
Mac 21, 2023 11:34 MYT
Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6 dan Umar, 2. - Gambar fail
SHAH ALAM: Pelakon Hafidz Roshdi tiba di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam di sini pada Selasa bagi pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri.
Hafidz. 29, atau nama sebenarnya, Muhammad Hafidz Roshdi, tiba kira-kira jam 10.49 pagi berpakaian kemeja merah dan diiringi keluarganya.
Nurul Shuhada dilaporkan tiba di mahkamah sekitar jam 11 pagi.
Kes cerai pelakon Hafidz dengan isterinya, Nurul Shuhada akan dibuat mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Terdahulu, kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan ramai apabila isterinya mendedahkan pelakon itu ada hubungan dengan wanita lain.
Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6 dan Umar, 2.
#Hafidz Roshdi #Nurul Shuhada Mat Shukri #Mahkamah Syariah Rendah Shah Alam #kes lafaz cerai
;