Pelajar tujuh tahun lemas dalam lubang kumbahan

Raffi Bachik
Februari 2, 2016 10:14 MYT
Kanak-kanak perempuan terbabit dipercayai sedang bermain bersama-sama rakannya ketika waktu rehat sebelum terjatuh dalam lubang kumbahan. - Gambar fail
Murid tujuh tahun Sekolah Rendah Agama Parit Penghulu Benteng Sungai Rambai Melaka lemas selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan di sini jam 4.45 petang Isnin.
Kanak-kanak perempuan itu terbabit dipercayai sedang bermain bersama-sama rakannya ketika waktu rehat sebelum terjatuh dalam lubang kumbahan itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau, Penguasa Bomba Masri Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 4.54 petang sebelum tiba di lokasi pada jam 5.10 petang.
Setelah tiba ke lokasi, kanak-kanak terbabit didapati terperangkap di dalam lubang kumbahan yang mengandungi air sedalam 3.6 meter.
Pihaknya terpaksa mengepam keluar separuh air kumbahan itu dan memulakan misi mencari mangsa melalui empat lubang kumbahan.
"Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan pada jam 4.53 petang. Kemudian jentera telah keluar pada jam 5.10 petang kemudiannya kerja menyelamat dilakukan dan kita dapati pada 20 minit kemudiannya kita jumpai kanak-kanak perempuan yang telah lemas di loji kumbahan septik di sekolah agama ini', katanya ketika ditemui di sini semalam.
Beliau berkata, selepas dikeluarkan dari lubang kumbahan terbabit, mangsa disahkan meninggal dunia.
#kanak-kanak maut #mati lemas dalam lubang kumbahan
;