Pelajar Tingkatan Satu dirempuh kereta meninggal dunia
Astro Awani
Mac 14, 2016 00:34 MYT
Mac 14, 2016 00:34 MYT
Pelajar tingkatan satu, Muhamad Nur Amier Ishak yang parah dirempuh kereta di susur jejambat Jalan Permatang Batu, Bukit Mertajam disahkan meninggal dunia kira kira jam 4.30 petang Isnin.
Jenazah Muhamad Nur Amier selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Siakap, Seberang Jaya selepas solat Isyak.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah dan pendarahan otak tidak sedarkan diri selepas dilanggar dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.
Bapa mangsa, Ishak Abu Hashim berkata mereka sekeluarga redha dengan pemergian anak ketiga dari empat adik beradik itu.
Dalam kejadian Sabtu lalu, empat daripada enam pelajar yang sedang berbasikal cedera parah selepas dirempuh kereta dipandu seorang wanita di Jalan Permatang Batu.
Mangsa Muhammad Nasrul Hisham Muhamad Nazri , Mohd Alif Rosdi, masing masing berusia 11 tahun,
Amirul Haiza Hakimi Abd Sani 14 tahun, Mohd Nur Amier Ishak, 13 tahun menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya Dan Bukit Mertajam.