Pelajar tingkatan empat hilang ditemui selamat

Umavathi Ramayah
Oktober 11, 2024 23:51 MYT
Wan Azlan berkata, remaja berusia 16 tahun itu dibawa orang awam ke Balai Polis Bukit Jelutong, Shah Alam kira-kira pukul 4.30 petang Jumaat. - Foto fail/BERNAMA
SUBANG JAYA: Seorang pelajar perempuan tingkatan empat yang dilaporkan hilang selepas tidak pulang dari sekolah di Jalan SS17 Subang Jaya di sini, pada Khamis sudah ditemui.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, Zaida Zainul Rizam, 16 dibawa orang awam ke Balai Polis Bukit Jelutong, Shah Alam kira-kira pukul 4.30 petang Jumaat.
"OH (Orang Hilang) dijumpai dalam keadaan selamat, sihat dan tiada sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Sebelum ini, keluarga mangsa membuat laporan pada pukul 10.16 malam, Khamis selepas gadis itu tidak pulang ke rumah.
Kali terakhir remaja itu dilihat berada di sebuah sekolah menengah kira-kira 1.30 tengah hari Khamis.
#orang hilang #pelajar perempuan hilang #Polis Diraja Malaysia #Subang Jaya
;