SUBANG JAYA: Taylor’s telah menganjurkan program ‘Inter-school Competition’ bagi pelajar-pelajar sekolah menengah sempena Sambutan Hari Perakaunan Antarabangsa Taylor’s 2022 (TIAD'22) baru-baru ini.

Timbalan Naib Canselor dan Ketua Pegawai Akademik Taylor’s University, Profesor Dr Pradeep Nair berkata inisiatif ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar terhadap prospek kerjaya dalam bidang perakaunan sebelum mereka menamatkan pengajian.

“Di Taylor's, kami faham bahawa sukatan pembelajaran konvensional adalah terhad. Kami percaya bahawa pelajar harus menguasai bukan sahaja kepintaran perakaunan, tetapi juga dalam pengalaman perakaunan untuk membina kerjaya dalam industri ini dengan sumber dan perkongsian ilmu yang kami tawarkan,” katanya semasa Majlis Sambutan Hari Perakaunan Antarabangsa Taylor’s 2022 (TIAD'22) di Taylor’s University, Subang Jaya baru-baru ini.

Sementara itu, wakil pemenang 'Inter-school Competition' TIAD’22, pelajar SMK Tinggi Batu Pahat, Hang We Her berkata banyak pengalaman bidang perakaunan yang telah ditimba melalui pertandingan tersebut.

“Saya menyertai pertandingan ini kerana guru saya mengesyorkannya kepada saya. Saya ingin menyertainya kerana ia dapat membantu saya pada masa depan sekaligus memberi peluang dalam kerjaya saya dalam bidang perakaunan.

“Pada masa sama, pertandingan ini juga telah meningkatkan kemahiran komunikasi saya dengan rakan-rakan dan para hakim melalui persediaan dan perbentangan kajian kes,” katanya.

Dalam pertandingan tersebut, Pasukan ‘Kungfu Chicken’ daripada SMK Tinggi Batu Pahat muncul juara dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 5,000.

Naib Johan pula dimenangi oleh 'Dream Team' dari Sekolah Antarabangsa ELC yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000.

Manakala, Tempat Ketiga dimenangi oleh Pasukan 'ARGSVD' dari SMK Puteri Ampang dengan hadiah wang tunai sebanyak RM1,000.

Sementara itu, Tempat Keempat and Kelima dimenangi oleh Pasukan 'HHCW' dari Sekolah Menengah Hin Hua dan Pasukan 'Diamond Piggies' dari Sekolah Antarabangsa Aspirasi.

Program ini disertai oleh 39 pasukan sekolah menengah kebangsaan dan swasta di seluruh negara yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan Lima dan Tingkatan Enam.

Antara juri yang mengadili pertandingan tersebuat adalah Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Konseptual XTRATEGIZE TECHNOLOGIES, Boonsiri Somchit-Ong; Ahli Pasukan Petugas Muda MICPA, Kamal Hadi Muhammad dan Ketua Rangka Kerja Kompetensi dan Keahlian Pembangunan, Bahagian Teknologi dan Operasi Institut Akauntan Malaysia, Leong Mun Foong.

Untuk maklumat lanjut mengenai TIAD'22, layari laman web https://bit.ly/3MphanH

Taylor’s TIAD'22 | Pelajar timba pengalaman bidang perakaunan

*Artikel ini adalah kandungan berbayar