Pelajar terlibat dalam kebakaran akan dibantu - Datuk Mary Yap Kain Chin
Bernama
Disember 21, 2013 14:54 MYT
Disember 21, 2013 14:54 MYT
Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Mary Yap Kain Chin memberi jaminan akan membantu pelajar sekolah yang terlibat dalam kebakaran di Kampung Kurnia Jaya di sini, Selasa lepas.
Beliau berkata bantuan itu akan diserahkan selepas mendapat laporan terperinci daripada pihak berkenaan.
"Kita akan beri bantuan keperluan sekolah berikutan sekolah akan dibuka awal tahun depan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan makanan dan keperluan harian kepada 198 keluarga mangsa kebakaran itu di sini, malam tadi.
Yap yang juga Anggota Parlimen Tawau berkata perbincangan akan turut diadakan dengan pihak berkuasa tempatan bagi mengkaji semula penempatan mangsa yang terlibat.
Kebakaran di Kampung Kurnia Jaya pada Selasa lepas itu memusnahkan kira-kira 80 buah rumah papan.