Pelajar tajaan JPA terima pengiktirafan tertinggi di Pennsylvania State University

Bernama
Mei 8, 2019 23:26 MYT
Muhamad Saiful Hakimi kini mengikuti Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Petroleum and Natural Gas Engineering Minor in Energy Business and Finance di Pennsylvania State University.
Seorang pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerima pengiktirafan tertinggi dalam bidang kejuruteraan di Pennsylvania State University, Amerika Syarikat.
JPA dalam satu kenyataan hari ini berkata, Muhamad Saiful Hakimi Daud, 24, dari Sungai Petani, Kedah, telah dianugerahkan Marshal Kehormat Kejuruteraan College of Earth and Mineral Sciences', di Pegula Ice Arena pada 3 Mei.
"Beliau merupakan pelajar Malaysia pertama yang dipilih untuk menerima anugerah itu dengan skor penuh Purata Nilai Gred Kumulatiff (PNGK) 4.0," katanya.
JPA berkata wakil Pennsylvania State University telah memuji Muhamad Saiful Hakimi atas pencapaian akademiknya, serta kemahiran kepimpinan yang tinggi.

#Tahniah Kami kongsikan ucapan apresiasi pelajar tajaan JPA,Muhamad Saiful Hakimi bin Daud.Beliau merupakan pelajar Msia pertama menerima Anugerah Engineering Honor Marshal,College of Earth & Mineral Sciences,Pennsylvania State Uni. Moga kejayaan jadi pendorong kpd pelajar lain. pic.twitter.com/uw2LiHE60s

— Jab. Per. Awam (JPA) (@jpagov) May 8, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Muhamad Saiful Hakimi kini mengikuti Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Petroleum and Natural Gas Engineering Minor in Energy Business and Finance di Pennsylvania State University.
-- BERNAMA
#Amerika Syarikat #CGPA 4 0 #Jabatan Perkhidmatan Awam #Kedah #kejuruteraan #Malaysia #Muhamad Saiful Hakimi Daud #pelajar #pelajar Malaysia pertama #pengiktirafan tertinggi #Pennsylvania State University #PNGK 4 0 #Sungai Petani #tajaan JPA
;