Pelajar tahfiz Mohamad Thaqif meninggal dunia
Astro Awani
April 26, 2017 14:46 MYT
April 26, 2017 14:46 MYT
Pelajar madrasah tahfiz di Kota Tinggi, Johor dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) kira-kira jam 2.05 petang tadi.
Perkara tersebut disahkan oleh ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad kepada Astro AWANI.
Namun, punca kematian masih belum dapat dikenal pasti.
Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafie, 11, meninggal dunia sebelum sempat menjalani pembedahan untuk memotong tangan pelajar tersebut yang dijadual hari ini tidak dapat dijalankan berikutan keadaan jantungnya yang tidak stabil.
Sehingga jam 3.45 petang, jasad Mohamad Thaqif masih berada di wad hospital untuk menjalani proses bedah siasat.
Difahamkan, pengebumian jenazah dijangka dilakukan selepas Maghrib di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi.
Kira-kira dua minggu lalu, Mohamad Thaqif mengadu pada keluarganya bahawa dia telah disebat pembantu warden, sekali gus membawa kepada masalah kesihatan kepadanya hingga menyebabkan kedua-dua belah kakinya dipotong.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Berikut adalah antara berita tentang Mohamad Thaqif yang pernah Astro AWANI siarkan:
#Dzuraidah Ahmad
#kes sebat
#meninggal dunia
#Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafie
#pelajar
#potong kaki
#tahfiz