Pelajar Tahfiz hadir di kediaman Najib sehari sebelum memberi keterangan
Azyyati Ahmad
Mei 21, 2018 00:37 MYT
Mei 21, 2018 00:37 MYT
Sebuah van putih yang membawa seramai 12 pelajar tahfiz dan dua tenaga pengajar dari Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat, dilihat memasuki kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak sekitar jam 10.45 malam tadi.
Kehadiran mereka difahamkan adalah bagi menghadiri majlis bacaan surah Yasin dan tadarus al-Quran.
Terdahulu, peguam Najib iaitu Datuk Harpal Singh Grewal dan M. Athimulan dilihat meninggalkan kediaman mantan perdana menteri di Langgak Duta itu pada jam 10.40 malam.
Para media cuba mendapatkan reaksi daripada mereka, namun gagal apabila Harpal dilihat mengelak untuk ditemubual dan terus beredar.
Najib, yang juga bekas presiden UMNO, difahamkan akan hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berhubung kes SRC International Sdn Bhd pada jam 10 pagi Selasa.