Pelajar SMK Kubang Kerian 3 terkena gangguan histeria

Astro Awani
April 14, 2016 23:05 MYT
Kejadian sekitar 12.30 tengah hari itu melibatkan lapan orang pelajar dan seorang guru wanita. - Foto Astro AWANI
Gangguan histeria bukan saja berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 2 di negeri Kelantan pada Khamis, kerana kejadian yang sama turut dilaporkan terjadi di SMK Kubang Kerian 3.
Kejadian sekitar 12.30 tengah hari itu melibatkan lapan orang pelajar dan seorang guru wanita.
Pihak pengurusan sekolah terpaksa menggunakan khidmat pengamal perubatan Islam untuk memulihkan mereka yang terlibat.
Susulan kejadian itu, para pelajar dibenarkan menamatkan sesi persekolahan lebih awal.
Ini bukan kejadian pertama, sebaliknya sekolah berkenaan pernah berdepan gangguan sama pada tahun 2013, melibatkan 30 pelajar.
Astro AWANI dimaklumkan pengurusan sekolah sudah membuat laporan berhubung kejadian itu kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Bharu.
BACA: Histeria terlihat 'lembaga hitam': SMK Pengkalan Chepa 2 ditutup sementara
#gangguan histeria #pelajar sekolah #SMK Kubang Kerian 3
;