Pelajar PISMP IPG terima elaun seperti biasa - KPM
Astro Awani
Februari 24, 2019 19:24 MYT
Februari 24, 2019 19:24 MYT
Pelajar yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) akan menerima Elaun Sara Hidup sebanyak RM430 sebulan seperti biasa, kata Kementerian Pendidikan.
Kementerian Pendidikan berkata, pelajar-pelajar IPG juga akan menerima belanja tambang pergi balik pada kadar maksimum RM500 untuk sekali setahun seperti biasa.
“Dimaklumkan bahawa elaun sedang dimasukkan ke dalam akaun pelajar dan mereka akan menerimanya selewat-lewat sebelum akhir bulan ini.
“Kementerian Pendidikan sentiasa prihatin terhadap kebajikan pelajar dalam melahirkan bakal guru berkualiti dan berdaya saing,” menurut kenyataan itu.
Sebelum ini wujud dakwaan dalam media sosial kerajaan telah memotong atau menghentikan bayaran elaun itu.