Pelajar maut langgar belakang treler

Sinar Harian
Mei 21, 2022 08:15 MYT
Pelajar Tingkatan Dua maut selepas motosikal ditungganginya melanggar belakang treler di Teluk Intan pada Jumaat. - Foto ihsan polis
TELUK INTAN: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar bahagian belakang sebuah treler di Kilometer 7, Jalan Changkat Jong, di sini, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, mangsa merupakan pelajar Tingkatan Dua disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 1.35 petang itu.
Menurutnya, siasatan mendapati penunggang motosikal dan pemandu treler dari arah Teluk Intan menghala ke Bidor.
"Apabila sampai di tempat kejadian, treler yang dipandu lelaki berusia 48 tahun itu hendak masuk simpang ke kiri.
"Tiba-tiba mangsa yang menunggang motosikal tidak sempat mengelak lalu terlanggar belakang treler.
"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di tempat kejadian," katanya.
Ahmad Adnan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
*Berita asal di Sinar Harian
#Pelajar Tingkatan Dua maut #pelajar tingkatan dua #Jalan Changkat Jong #Ahmad Adnan Basri
;