Pelajar maut ditimpa tiang gol

Astro Awani
Julai 12, 2016 06:37 MYT
Seorang pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indera Petra 2 (SMKTIP 2), di sini maut ditimpa tiang gol hoki tumbang. - Foto Astro AWANI
Seorang pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indera Petra 2 (SMKTIP 2) maut ditimpa tiang gol tumbang, kira-kira 9 pagi tadi.
Nik Mohd Lutfi Nik Kamarudin, 14, meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah di kepala.
Difahamkan ketika kejadian, mangsa sedang bermain bola bersama sebelas rakannya bagi subjek Pendidikan Jasmani di padang sekolah itu.
Rakannya, Wan Mustakim Wan Musa, 14, berkata, sempat melihat arwah cuba menjaringkan gol, namun terjatuh di depan pintu gol kerana padang yang licin.
"Mangsa jatuh tertiarap dan tiang gol tiba-tiba tumbang dan menghempap kepalanya. Saya dan rakan serta guru bergegas ke arahnya untuk beri pertolongan namun keadaannya sudah parah ketika itu," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Rajab Ahad Ismail ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat.
#hoki #Nik Mohd Lutfi Nik Kamarudin #SMK Tengku Indera Petra 2