Pelajar Manek Urai bersabung nyawa demi pelajaran
Astro Awani
Januari 4, 2013 08:13 MYT
Januari 4, 2013 08:13 MYT
Bersabung nyawa demi pelajaran.
Itu yang berlaku kepada lebih seratus pelajar beberapa kampung sekitar Manek Urai, Kuala Krai di Kelantan.
Bahaya terpaksa mereka tempuh untuk ke sekolah selepas jambatan kampung berkenaan tenggelam akibat limpahan air Sungai Lebir.
Beginilah keadaan berbahaya yang terpaksa dihadapi ratusan pelajar untuk ke beberapa buah sekolah setiap hari.
Arus deras sebegini sememangnya menakutkan sesiapa saja untuk menyeberang sungai. Namun demi menuntutu ilmu, pelajar sanggup menggadai nyawa.
Bagi yang tidak mahu ponteng sekolah, keadaan bahaya terpaksa ditempuh
Saksikan laporan penuh Astro Awani.