Pelajar Malaysia juara dunia pertandingan Microsoft Office

Madiha Abdullah
Ogos 21, 2015 13:15 MYT
Pertandingan ini mempertaruhkan kebolehan dan kecekapan pelajar mengendalikan produk Microsoft Office.
Seorang remaja lelaki telah mengharumkan nama negara apabila dipilih sebagai johan dalam pertandingan 2015 Microsoft Office Specialist World Champion di Dallas, Amerika Syarikat.
Remaja berkenaan, Admon Lee Wen Xuan, terpilih sebagai pemenang menewaskan 145 peserta dari 47 buah negara.

[Hot] Pelajar Malaysia diangkat sbg Juara Dunia Microsoft PowerPoint 2010 menewaskan 600 000 persaing seluruh dunia http://t.co/ywjQPmVVf2

— MOHE (KPT) (@MoheOfficial) August 20, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pelajar Malaysia, Admon Lee Wen Xuan telah melakukan kejutan dengan menjuarai pertandingan yang menghimpunkan... http://t.co/Pc441wDr7B

— BN Malaysia (@BNMalaysia) August 21, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Admon, 16, mendapat tajaan Litespeed Education Programmes Sdn Bhd untuk memperkenalkan idea dan kebolehannya di pertandingan yang menarik lebih 600,000 penyertaan itu.
Setiap tahun, pelajar dari seluruh dunia mempertaruhkan idea dan kecekapan mereka mengendalikan produk Microsoft PowerPoint dalam pertandingan tersebut.
Admon membawa pulang hadiah berbentuk wang tunai AS$7,500 (RM30,000), selain tiket ke Taman Tema Six Flags di Texas.
#2015 Microsoft Office Specialist World Champion #Admon Lee Wen Xuan
;