Pelajar Madrasah Darul Ulung Al-Fatah dikhuatiri lemas

Bernama
November 13, 2016 16:51 MYT
Dalam kejadian kira-kira 10 pagi tadi, pelajar yang dikenali sebagai Aslam Husaini, 19, dan berasal dari Sibu sedang bermain bersama dua rakannya yang masing-masing berusia 15 dan 17 tahun, di tepi pantai berkenaan. - Gambar fail
Seorang pelajar Madrasah Darul Ulung Al-Fatah, Samariang dikhuatiri lemas di pesisiran pantai Damai, berhampiran sebuah pusat pelancongan di Santubong, kira-kira 35 kilometer dari Kuching.
Dalam kejadian kira-kira 10 pagi tadi, pelajar yang dikenali sebagai Aslam Husaini, 19, dan berasal dari Sibu sedang bermain bersama dua rakannya yang masing-masing berusia 15 dan 17 tahun, di tepi pantai berkenaan.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, tiba-tiba ketiga-tiga pelajar terbabit terjatuh ke laut, namun dua daripadanya berjaya berenang ke tepi pantai untuk menyelamatkan diri, manaakala Aslam masih hilang.
Katanya, tiga pelajar berkenaan sedang mengikuti aktiviti berkelah bersama 43 lagi pelajar dan tiga guru pengiring dari Madrasah Darul Ulung Al-Fatah, Jalan Depo, Samariang, Kuching.
Pasukan mencari dan penyelamat terdiri darpada pasukan bomba dan penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) masih menjalankan operasi mencari mangsa. - BERNAMA
#Aslam Husaini #lemas #Madrasah Darul Ulung Al-Fatah
;