Pelajar luar bandar takut belajar bahasa Inggeris, ibarat belajar bahasa Jerman
Shafizan Johari
Februari 7, 2020 07:00 MYT
Februari 7, 2020 07:00 MYT
Seorang guru yang pernah mengajar Bahasa Inggeris di Kedah mengakui terdapat dalam kalangan pelajar luar bandar yang bimbang apabila diberitahu mereka akan belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
Kekhuatiran mereka bersandarkan kepada hakikat bahawa mereka masih menganggap Bahasa Inggeris bukan bahasa kedua, sebaliknya satu bahasa asing.
"Bayangkan kita belajar bahasa Perancis dan Jerman, itulah apa yang mereka rasai," dedah Pengarah, Global School Leaders Malaysia, Cheryl Ann Fernando.
Individu yang menginspirasikan filem 'Adiwiraku' ini juga berpendapat semua pihak sepatutnya memastikan setiap murid turut dapat menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
"Kita selalu risau pasal Sains dan Matematik tetapi kita lupa literasi asas pun masih bermasalah," katanya.
Bukan sekadar literasi Bahasa Inggeris, beliau juga mendedahkan, ramai pelajar yang ditemuinya di lapangan masih belum benar-benar menguasai literasi Bahasa Melayu.
"Kita juga berdepan masalah untuk membawa mereka ke tahap literasi yang lebih rumit."
Cheryl Ann berkata demikian ketika menyertai diskusi dalam Agenda AWANI Plus yang disiarkan Astro AWANI pada Jumaat.
#agenda
#Agenda Awani
#Astro Awani
#Bahasa Melayu
#belajar bahasa asing
#Cheryl Ann Fernando
#guru
#Jerman
#Kedah
#literasi asas
#Malaysia
#pelajar
#PLUS
#PPSMI
#Sains
#Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris