Pelajar lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi sungai
Adie Sufian Zulkefli
Mei 27, 2022 22:00 MYT
Mei 27, 2022 22:00 MYT
ALOR SETAR: Seorang pelajar lelaki yang dipercayai mandi bersama rakan di Sungai Mergong dikhuatiri lemas, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian daripada orang awam memaklumkan terdapat seorang remaja berusia 13 tahun lemas pada jam 6.03 petang.
“Sejurus menerima laporan sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dikejarkan ke lokasi.
"Sebaik tiba cuaca telah gelap dan tindakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pencarian mangsa dilakukan di permukaan air,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mohamadul Ehsan berkata, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Jitra turut dipanggil bagi kerja pencarian di dasar sungai.
Katanya, sehingga kini operasi pencarian masih dilakukan.