Pelajar gagal subjek Sejarah dalam SPM semakin kurang - Chong

Bernama
Disember 16, 2015 20:08 MYT
Jumlah mereka yang gagal dalam subjek itu adalah sebanyak 13.2 peratus tahun lepas, 12.7 peratus (2013) dan 19 peratus pada tahun 2012. - Gambar fail
Jumlah pelajar yang gagal dalam mata pelajaran Sejarah semakin berkurangan selepas ia menjadi subjek wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sejak 2013, demikian Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon berkata jumlah mereka yang gagal dalam subjek itu adalah sebanyak 13.2 peratus tahun lepas, 12.7 peratus (2013) dan 19 peratus pada tahun 2012.
"Syarat wajib lulus itu membantu pelajar lebih fokus kepada pembelajaran subjek Sejarah yang akan membantu meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid," katanya.
Beliau demikian ketika menjawab soalan Senator Khairiah Mohamed mengenai keberkesanan kewajiban subjek Sejarah dan adakah ia telah mencapai matlamat yang digariskan sejak dilaksanakan pada tahun 2013.
#Chong Sin Woon #Dewan Negara #Khairiah Mohamed #sejarah #Sijil Pelajaran Malaysia
;