Pelajar cecah 18 tahun lanjut pelajaran ke luar negara boleh divaksinasi - Khairy
Hasimi Muhamad
Julai 5, 2021 15:05 MYT
Julai 5, 2021 15:05 MYT
PUTRAJAYA: Pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara dan bakal mencecah usia 18 tahun pada tahun ini boleh diberikan suntikan vaksin secara janji temu menerusi Aplikasi MySejahtera.
Menteri Penyelaras Program Imunisasis COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin menegaskan ibu bapa atau penjaga mereka harus menandatangani borang persetujuan untuk membolehkan mereka diberi vaksin.
"Bagi mereka yang berusia 17 tahun dan akan meningkat ke 18 tahun dalam tahun ini mereka boleh divaksinasi dan ini terutamanya kepada mereka yang akan keluar negara dengan syarat iu bapa dan penjaga mereka mendatangani surat persetujuan..
"Sehingga minggu ini kita telah memberikan 8,615 janji temu bagi permohonan awal untuk kategori pelajar yang akan menyambung pelajaran ke luar negara dalam program ini (PICK)," katanya.
Khairy berkata demikian dalam sidang media mingguan bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Sementara itu, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, kerajaan bersetuju untuk memberikan suntikan vaksin kepada guru, pemandu bas dan remaja yang mempunyai penyakit berisiko tinggi apabila sesi persekolahan dibuka.
Dalam sidang media yang sama, Khairy turut berkata, Malaysia dijangka menerima sekurang-kurangnya 18.8 juta dos vaksin sepanjang bulan ini.
Daripada jumlah tersebut, ia termasuk 800,000 dos vaksin Sinovac yang disumbangkan oleh kerajaan China pada pertengahan bulan.
#Khairy Jamaluddin
#COVID-19
#PICK
#Pelajar luar negara
#Remaja suntikan vaksin
#Adham Baba
#PKP 3 0
#Sinovac
#kerajaan china