JOHOR BAHRU: Pertubuhan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Johor Bahru meminta polis menyiasat perbuatan seorang pemilik kelab komedi yang dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur hinaan terhadap agama Islam dan Melayu, menerusi beberapa video tular di media sosial.
Pengerusinya Tazul Arifin Nasri berkata tindakan lelaki itu yang mengeluarkan kenyataan sedemikian dilihat seperti memperlekehkan agama Islam dan bangsa Melayu.
"Saya telah melihat satu video di aplikasi TikTok yang telah disebarkan ke WhatsApp serta laporan berita di sebuah portal yang memaparkan video serta kenyataan berbaur hinaan terhadap orang Melayu, bumiputera dan Islam oleh seorang individu.
"Beliau menggunakan platform pentas di kelab komedi itu dan menggunakan penghinaan dan kutukan terhadap agama Islam, bangsa Melayu dan Bumiputera sebagai memperlekehkan, untuk membuat persembahan kepada tetamu-tetamu kelab itu," katanya pada sidang media yang turut disertai lebih 20 ahli Pekida di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya telah membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadap individu itu.
Tazul pada masa sama berkata Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk dan keharmonian sesama kaum perlu sentiasa dipelihara.
Baru-baru ini beberapa rakaman video yang dipercayai memaparkan lelaki terbabit melakukan persembahan komedi di sebuah kelab komedi, tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi netizen.
Sementara itu Ketua Polis Daerah JBS ACP Raub Selamat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis itu dan menjelaskan ia akan dirujuk kepada Bukit Aman.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 13 2022
![Pekida buat laporan polis terhadap pemilik kelab komedi, susulan video tular dipercayai hina Islam, Melayu Pekida buat laporan polis terhadap pemilik kelab komedi, susulan video tular dipercayai hina Islam, Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41657711983_Pekidabuatlaporan.jpg)
Pekida Johor Bahru membuat laporan polis terhadap pemilik kelab komedi yang dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur hinaan terhadap Islam dan Melayu. - Gambar/ Bernama
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Polis rakam keterangan pelawak berhubung isu jenaka ham Polis rakam keterangan pelawak berhubung isu jenaka ham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732251572_tbRazarudinHusain.jpg)
Polis rakam keterangan pelawak berhubung isu jenaka "ham"
Keterangan daripada pelawak berumur 54 tahun itu dirakam Rabu lepas.
![Polis siasat resit pesanan makanan segera tertera catatan hina Islam, Melayu Polis siasat resit pesanan makanan segera tertera catatan hina Islam, Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734834307_tbperkataanmenghina.jpg)
Polis siasat resit pesanan makanan segera tertera catatan hina Islam, Melayu
Kumar berkata, pesanan pada resit bertarikh 19 dan 20 Dis itu dipercayai membabitkan individu sama walaupun berlaku di tiga daerah berbeza.
![Anak Abuya, isteri didakwa cuba hina Islam Anak Abuya, isteri didakwa cuba hina Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734600032_AnakAbuyaisterid.jpg)
Anak Abuya, isteri didakwa cuba hina Islam
Anak 'Abuya', didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah atas tuduhan percubaan menghina agama Islam dan bersubahat melakukan kesalahan itu, September lalu.
![Polis ambil keterangan lelaki hina Islam Polis ambil keterangan lelaki hina Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725692744_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Polis ambil keterangan lelaki hina Islam
Kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998.
![Domino's Pizza Malaysia kecewa komen sentuh 3R pelanggan, rujuk polis Domino's Pizza Malaysia kecewa komen sentuh 3R pelanggan, rujuk polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715853109_resitr.jpg)
Domino's Pizza Malaysia kecewa komen sentuh 3R pelanggan, rujuk polis
Domino's Pizza Malaysia kecewa dengan tindakan seorang pelanggan memasukkan komen berbaur negatif dan tidak menjaga sensitiviti ketika membuat pesanan dalam talian.
![Polis siasat kejadian conteng tembok masjid di Kuala Kubu Baharu Polis siasat kejadian conteng tembok masjid di Kuala Kubu Baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715069141_ThaipusamOpPalu.jpg)
Polis siasat kejadian conteng tembok masjid di Kuala Kubu Baharu
Polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada ahli jawatankuasa masjid berkenaan pada 9 pagi tadi.
![Jakim buka talian khas terima aduan hina Islam Jakim buka talian khas terima aduan hina Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714635723_DATUKDRMOHDNAIM.jpg)
Jakim buka talian khas terima aduan hina Islam
Jakim telah mewujudkan talian khas 24 jam sebagai platform untuk menyalurkan aduan berkaitan isu penghinaan terhadap agama Islam.
![Polis buka kertas siasatan terhadap Ganesparan, didakwa hina Islam dan Sultan Selangor Polis buka kertas siasatan terhadap Ganesparan, didakwa hina Islam dan Sultan Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700741025_RazarudinHusain.jpg)
Polis buka kertas siasatan terhadap Ganesparan, didakwa hina Islam dan Sultan Selangor
Siasatan awal mendapati lelaki itu kini dipercayai berada di Hamburg, Jerman selepas kali terakhir keluar pada 2 November 2017.
![Polis buka kertas siasatan pengguna Facebook hina Nabi Muhammad, agama Islam Polis buka kertas siasatan pengguna Facebook hina Nabi Muhammad, agama Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694872282_PolisLogoPolisP.jpg)
Polis buka kertas siasatan pengguna Facebook hina Nabi Muhammad, agama Islam
Polis membuka kertas siasatan berhubung hantaran komen tular di media sosial yang menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.
![Jurutera IT didakwa buat hantaran jelik hina Islam Jurutera IT didakwa buat hantaran jelik hina Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700545837_TBCourtHammer.jpg)
Jurutera IT didakwa buat hantaran jelik hina Islam
Sorang jurutera teknologi maklumat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan membuat hantaran jelik menghina agama Islam berhubung homoseksual.