Pekerja warga emas meninggal dunia di kaunter tandas awam

Sinar Harian
Disember 1, 2022 08:20 MYT
Mohamad Ismail ditemui dalam tandas awam tempat dia bekerja pada malam Selasa. -Foto Sinar Harian
MELAKA: Seorang pekerja tandas awam di Jalan Klebang Besar, di sini, ditemui meninggal dunia pada malam Selasa.
Mangsa yang juga warga emas, Mohamad Ismail Saadah, 67, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kerusi kaunter tandas milik Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) itu.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu dan laporan polis telah diterima pada jam 8.25 malam.
"Siasatan mendapati tiada unsur jenayah pada mayat berkenaan.
"Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat sebelum dituntut waris keluarga," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
Tambah beliau, punca kematian dipercayai akibat serangan jantung berdasarkan rekod kesihatan juga warga emas itu pernah menerima rawatan di hospital kerana menghidap penyakit itu tiga tahun lalu.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -Sinar Harian
#warga emas #pekerja tandas awam #Jalan Klebang Besar #Mohamad Ismail Saadah
;