Pekerja syarikat pengusaha bas, pelanggan gembira tindakan SPAD
T K Letchumy Tamboo
Jun 18, 2013 11:05 MYT
Jun 18, 2013 11:05 MYT
Pekerja di syarikat pengusaha bas gembira kerana tindakan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kerana tidak menunaikan permintaan pengusaha bas bagi menaikkan harga tiket sebelum musim perayaan.
Ramai diantara mereka yang merasakan jika rancangan tersebut dilaksanakan ia akan membebankan rakyat dan mereka akan kehilangan pelanggan.
“Ramai pelanggan kami yang merasakan harga semasa tiket adalah tinggi. Sekiranya pihak berkuasa menaikkan harga, pelanggan tidak akan berpuas hati. Kami mungkin akan kehilangan lebih banyak pelanggan sekiranya harga tiket meningkat.”
“Adalah lebih baik sekiranya harga tiket dikekalkan,” kata pekerja Bas Express Konsortium, Kamalita Katas.
Pekerja Awana Sdn Bhd, Siti Nornashiba berkata dia berasa simpati kepada pelanggan.
“Saya juga seorang pelanggan apabila menggunakan perkhidmatan bas dan saya tidak mahu berlaku peningkatan dalam harga tiket bas.”
“Tidak ramai orang mampu. Sekiranya terdapat kenaikkan harga tiket bas, ia akan membebankan pelanggan terutamanya pelajar dan mereka yang miskin,” katanya yang berumur 19 tahun.
Seorang lagi pekerja dari Transnasional yang tidak ingin dikenali berkata ia adalah sangat baik sekiranya harga tiket dikekalkan.
Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal memberitahu AstroAWANI bahawa suruhanjaya telah memutuskan untuk tidak menunaikan permintaan pengusaha bas bagi menaikkan harga tiket bas menjelang Hari Raya nanti.
Mohd Nur Ismal berkata demikian kerana permintaan baru-baru ini oleh Persatuan Pengusaha Bas Malaysia yang tidak akan menjual tiket tambahan bulan Julai dan Ogos untuk Hari Raya sehingga SPAD bersetuju untuk menaikkan tambahan 30 peratus harga tiket bas.
“Mereka tidak seharusnya mengugut kami sebegini. Kami tidak boleh melaksanakannya kerana ia akan menjadi beban kepada rakyat.”
“Kami tidak akan menaikkan harga tiket sebelum Hari Raya kerana jangka masa terlalu singkat dan ia adalah tidak adil untuk menaikkan harga apabila musim perayaan.”
“Kami telah menemui beberapa pengusaha bas dan kebanyakan mereka bersedia untuk memberi kerjasama walaupun tiada kenaikkan,” beliau berkata dia berkata tanpa peningkatan harga tiket selepas Hari Raya.
Sementara itu, Presiden Pengusaha Bas SeMalaysia Datuk Asfar Ali berkata terpulang kepada pengusaha bas untuk menerima keputusan SPAD.
“Kali terakhir berlaku kenaikkan harga tiket ialah pada 2008, iaitu lima tahun dahulu. Kenaikkan harga tiket yang tinggi.
“Pada 22 Mei, kita telah mengadakan pertemuan dengan SPAD bagi meminta mereka mempertimbangkan kenaikkan 30 peratus bagi harga tiket.”
“Mereka berkata bahawa mereka akan mempertimbangkan keputusan tersebut. Kami tidak diberitahu secara rasmi keputusan untuk tidak menaikkan harga tiket,” kata Asfar.
Asfar juga berkata persatuan tersebut telah disalah rujuk oleh media yang menyatakan bahawa mereka tidak akan menjual tiket tambahan bulan Julai dan Ogos sehingga SPAD bersetuju mengenakan kenaikkan 30 peratus bagi harga tiket.
“Kami tidak mempunyai kuasa untuk melakukannya,” tambah Asfar.
Kesusahan seorang ibu
M. Prema, 43, dari Taiping musnah apabila dia mengetahui bahawa SPAD sedang mengkaji semula kenaikan 30 peratus bagi harga tiket.
Prema berkata dia selalu ke Kuala Lumpur bagi melawat anak perempuan sulungnya yang merupakan seorang pelajar di kolej swasta di sini.
“Saya mempunyai tiga orang anak yang masih kecil dan saya sering pergi bersama mereka untuk melawat anak sulung saya. Kos dari Taiping ke Kuala Lumpur ialah RM25 untuk seorang.”
“Saya terpaksa mengeluarkan sebanyak RM100 untuk datang ke Kuala Lumpur dan kembali ke Taiping dengan RM100 lagi.”
“Sekiranya harga tiket naik, saya tida boleh untuk melawat anak saya dengan lebih kerap,” katanya.
Walaubagaimanapun, dia berasa lega kerana SPAD telah membuat keputusan untuk tidak menaikkan harga tiket buat sementara waktu.
Sementara itu, M. Devagi, 21, yang merupakan seorang pelajar gembira dengan keputusan SPAD.
“Apabila cuti semester pelajar selalunya pulang ke kampung. Tetapi, dengan harga tiket yang mahal, kita akan mempertimbangkan sebelum membuat keputusan.”
“Sekiranya pihak berkuasa menaikkan harga tiket, kita tidak boleh pulang untuk berjumpa keluarga ia akan menjadi bebanan kepada kita,” katanya.