Pekerja pelantar minyak maut, rakan parah kereta bertembung pacuan empat roda
Nur Fazlizai Ali
September 14, 2022 17:22 MYT
September 14, 2022 17:22 MYT
SETIU: Seorang pekerja pelantar minyak maut manakala rakannya parah selepas kenderaan yang dinaiki mereka bertembung dengan pacuan empat roda, pada Rabu.
Kejadian berlaku di Jalan Kuala Terengganu- Kota Bharu berhampiran Kampung Setia Jaya, Merang dekat sini, kira-kira jam 10.40 pagi.
Nahas itu menyebabkan Mohamed Azmi Zakaria, 39, meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya yang juga pemandu kereta itu parah.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa bersama rakannya itu dalam perjalanan dari Kampung Pak Kancil menghala ke Kuala Terengganu sebelum kenderaan hilang kawalan dan bertembung pacuan empat roda terbabit.
Ketua Polis Daerah Setiu DSP Afandi Hussin ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
"Mayat mangsa dibawa ke Unit Foresik Hospital Setiu untuk tindakan lanjut," katanya.