Pekerja maut kereta terjunam dalam gaung

Sharom Abu Bakar
Julai 1, 2017 08:31 MYT
Seorang pekerja pasar borong maut selepas kenderaan jenis Proton Saga yang dipandunya hilang kawalan dan terjunam ke gaung sedalam kira-kira tujuh meter. - Astro AWANI
Seorang pekerja pasar borong maut selepas kenderaan jenis Proton Saga yang dipandunya hilang kawalan dan terjunam ke gaung sedalam kira-kira tujuh meter.
Kemalangan berlaku di Kampung Bukit Kor di sini kira kira jam 7.40 pagi Jumaat.
Mangsa, Mohd Zulfalah Mat Yusof, 33, dari Felda Jerangau Barat, Ajil, Hulu Terengganu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan dan kepala.
Sepasukan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Marang bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.
Bomba mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.
Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa yang bekerja di Pasar Borong Gong Pauh, Kuala Terengganu dalam perjalanan pulang menghantar barang di Pasar Marang.
Mangsa dikatakan gagal mengawal kenderaan dipandunya di satu selekoh lalu terjunam ke dalam gaung di kiri jalan.
Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.
#Felda Jerangau Barat #Kampung Bukit Kor #kemalangan #Mohd Zulfalah Mat Yusof #pekerja pasar borong #Proton Saga
;