Pekerja ladang putus kaki dirempuh pacuan empat roda
Radhi Muslim
Januari 5, 2020 17:09 MYT
Januari 5, 2020 17:09 MYT
Seorang pekerja ladang kelapa sawit putus kaki kanan selepas motosikal ditunggang dirempuh sebuah pacuan empat roda di Jalan Sapi Nangoh, pada Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa yang berumur 28 tahun dilaporkan cedera parah namun selamat.
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda, berkata, sebuah pacuan empat roda dipandu seorang lelaki berumur 38 tahun dilaporkan mengalami kerosakan tayar pecah.
Menurutnya, kenderaan itu hilang kawalan lalu masuk ke lorong bertentangan lalu merempuh motosikal terbabit.
"Akibatnya, penunggang lelaki itu putus kaki kanan akibat digilis. Manakala pemandu pacuan tidak mengalami kecederaan.
"Mangsa dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk rawatan lanjut.
"Justeru, siasatan diteruskan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.