Pekerja ladang maut kelar leher sendiri
Sinar Harian
November 16, 2018 17:38 MYT
November 16, 2018 17:38 MYT
Seorang lelaki warganegara Kemboja ditemui maut di hadapan rumah kongsi dipercayai mengelar leher sendiri.
Mangsa, Roeun Roth, 31, merupakan pekerja ladang syarikat SBH Timber Sdn Bhd, Paloh 3, Jalan Lebir, di sini.
Ketua Polis Daerah, Superitendan Mohd Taufik Maidin berkata mangsa baharu sahaja tiba di Malaysia pada 14 November lalu.
Katanya, menurut laporan pengadu yang juga penyelia ladang, Mohamad Jaafar, mangsa ditemui di hadapan rumah kongsi syarikat pada jam 11 malam, semalam.
"Hasil pemeriksaan awal, kita dapati tiada kesan pergelutan dan mangsa dipercayai mengelar leher sendiri.
"Mangsa juga tidak mempunyai sebarang masalah atau pergaduhan dengan pekerja lain kerana baharu sahaja tiba untuk bekerja.
"Mayat dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.
#kelar leher
#Kemboja
#mati mengejut
#Mohamad Jaafar
#Mohd Taufik Maidin
#Paloh 3
#Roeun Roth
#rumah kongsi
#SBH Timber