Pekerja kilang maut tersepit mesin acuan

Astro Awani
Ogos 8, 2020 10:27 MYT
Mangsa yang sedang bekerja tersepit pada bahagian tangan dan kepala pada mesin 'moulding' di kilang tersebut. - Foto JBPM Pulau Pinang
Seorang pekerja kilang maut akibat tersepit pada mesin membuat acuan ketika sedang bekerja di sini awal pagi ini.
Mangsa dikenali sebagai Mohd Zaid Ibrahim, 33 tahun, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan tangan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.08 pagi sebelum anggotanya bergegas ke lokasi kejadian.
"Sampai di lokasi kejadian, didapati terdapat seorang mangsa lelaki berbangsa Melayu telah tersepit pada mesin 'Moulding' semasa bekerja.
"Mangsa telah tersepit pada bahagian tangan dan kepala dan disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut berada di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan.
Anggota bomba mengambil masa hampir dua jam bagi mengeluarkan mangsa tersepit.
Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 6.09 pagi.
Katanya, operasi menyelamat ditamatkan pada 6.32 pagi dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
#JBPM Pulau Pinang #kepala #kilang #maut #meninggal dunia #mesin acuan #moulding #operasi #pekerja kilang #pulau pinang #tangan #tersepit
;