Pekerja kelab bistro maut tikam diri sendiri

Umavathi Ramayah
Disember 13, 2021 18:00 MYT
Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan tiada sebarang unsur jenayah terlibat. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seorang pekerja kelab bistro ditemukan maut selepas dipercayai menikam diri sendiri di tempat kerjanya, di Taman Usahawan Kepong di sini, awal pagi Isnin.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pasukan polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.57 pagi.
Beliau berkata, setibanya di tempat kejadian, si mati yang hanya memakai seluar jeans ditemukan dalam keadaan berlumurun darah dan terbaring di lantai dengan beberapa kesan tikaman di paha kanannya.
"Pemeriksaan pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada pukul 3.04 pagi, kami mendapati si mati, berusia 49 tahun yang sedang meminum minuman keras bersama dua rakan kerjanya tiba-tiba mengambil pisau dan menikam paha kanannya beberapa kali sebelum rebah," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Mengulas Eng Lai memberitahu, mayat mangsa di hantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Katanya, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan tiada sebarang unsur jenayah terlibat dalam kejadian itu.
Beliau memberitahu, polis akan menyiasat dari semua aspek termasuk masalah yang dihadapi lelaki itu.
#tikam #CCTV #Polis Diraja Malaysia #IPD Sentul
;