Pekerja IT portal TMI tinggalkan nota rahsia untuk anda
Kohilah Sekaran
Mac 17, 2016 14:56 MYT
Mac 17, 2016 14:56 MYT
Terdapat satu nota tersembunyi dalam kod HTML portal tersebut yang ditinggalkan oleh kakitangan portal tersebut.
Difahamkan, mesej tersebut ditinggalkan oleh seorang kakitangan IT, Yusseri Yusoff yang juga merupakan orang terakhir mematikan suis pelayan portal berkenaan.
Melalui kenyataan mesej itu, Yusseri mengimbas kembali memori dia bersama rakan sekerjanya berdepan dengan penggodam portal tersebut buat kali pertama pada tahun 2012.
Difahamkan, sebelum pilihan raya yang ke-13, mereka mengesan ada pihak yang menggodam portal berita itu dan terus mengganggu mereka selama sebulan.
Menurut Yusseri, dengan bantuan syarikat AIMS dan syarikat Global Transit Communications (GTC), mereka akhirnya berjaya memulihkan kembali portal itu.
Yusseri mengakhiri nota tersebut dengan mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca yang telah memberikan sokongan sejak hari pertama ia dibuka.
Kumpulan The Edge Media Group menghentikan operasi portal berita The Malaysian Insider (TMI) bermula tengah malam 15 Mac 2016, selepas lapan tahun beroperasi.
Bagaimanapun, portal tersebut masih belum ditutup sepenuhnya dan anda masih boleh layari laman web mereka yang hanya tampil dengan sekeping gambar organisasi tersebut.
Berikut adalah keratan mesej yang ditinggalkan oleh Yusseri;
Kredit Foto: Portal The Malaysian Insider