Pekerja cedera pam terbakar ketika isi minyak motosikal

Sinar Harian
Mei 25, 2018 13:15 MYT
Seorang pekerja pam minyak cedera di bahagian kaki selepas pam minyak di tempat kerjanya terbakar dalam kejadian di Pekan Gemas di sini, malam tadi. -Foto Sinar Harian
Seorang pekerja pam minyak cedera di bahagian kaki selepas pam minyak di tempat kerjanya terbakar dalam kejadian di Pekan Gemas di sini, malam tadi.
Dalam kejadian berkenaan, sepasukan anggota bomba dan penyelamat Gemas dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 10.34 malam.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Penolong Penguasa Bomba Syed Ammar Syed Abas, pihaknya tiba di lokasi pada jam 10.39 malam.

“Kebakaran membabitkan pam minyak dan dipadamkan sebelum pasukan bomba tiba di lokasi. Terdapat seorang mangsa perempuan iaitu pekerja pam minyak berusia lingkungan 30-an yang cedera di bahagian kaki.

“Mangsa telah dihantar ke Klinik Kesihatan Gemas menggunakan jentera EMRS (Pasukan Perubatan dan Tindakan Balas Perkhidmatan),” katanya kepada Sinar Harian di sini, tadi.

Syed Ammar berkata, punca dan jumlah kerugian bagaimanapun masih dalam siasatan.

#EMRS #kebakaran #Klinik Kesihatan Gemas #pam minyak #Pasukan Perubatan dan Tindakan Balas Perkhidmatan #Pekan Gemas #Syed Ammar Syed Abas