Pekerja binaan temui bom Perang Dunia Kedua di Labuan

Ruzaini Zulkepli
Februari 11, 2020 23:52 MYT
Bom jenis 'Ariel' berkenaan dipercayai ditemui oleh pekerja tapak binaan. Foto PDRM.
Sekumpulan pekerja binaan terkejut apabila menjumpai sebutir bom lama yang dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua di kawasan berbukit berhampiran Kampung Tanjung Kubong, Labuan.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, bom jenis 'Ariel' berkenaan dipercayai ditemui oleh pekerja tapak binaan di lokasi terbabit ketika sedang mengorek dan meratakan tanah.
Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad dalam kenyataannya berkata, sebaik menerima maklumat, sepasukan anggota polis termasuk dari Unit Pemusnah Bom (UPB) dikerahkan ke lokasi untuk membuat pemeriksaan.
"Bom berkenaan masih mempunyai sifat lengkap dan disahkan sebagai 'Bom Ariel'.
"Kita kemudiannya menjalankan tugas memusnahkan objek tersebut dengan UPB IPD Labuan yang turut berada di lokasi kejadian," katanya.
Proses memusnahkan bom itu berjalan lancar.
#bom #Bom Ariel #keselamatan #pekerja binaan #Perang Dunia Ke-II #Perang Dunia Kedua
;