Pekerja bengkel melecur dalam kejadian kebakaran lima buah lori
Astro Awani
Mei 12, 2020 23:29 MYT
Mei 12, 2020 23:29 MYT
Seorang pekerja bengkel berusia 37 tahun melecur selepas lima lori terbakar di sebuah bengkel di Kampung Gemuruh, Kuala Nerus pada Selasa.
Kebakaran tersebut membabitkan dua lori tangki, dua treler dan sebuah lori yang kesemuanya musnah 100 peratus.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus, Yusmizan Yusof seramai 18 pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan dalam kejadian 5.30 petang.
Operasi pemadaman itu melibatkan anggota dari Balai Bomba Kuala Nerus dan Balai Bomba Kuala Terengganu.
Menurut Yusmizan mangsa yang melecur di bahagian tangan telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata anggaran kerugian dan punca siasatan masih dijalankan.